25 persoalan semasa
Penulis :Mohd Yaakub Mohd Yunus
Kategori:
ISBN : 967-86-0285-7
Halaman: 496
BERAT :500gram
RM 17.00

SINOPSIS
Isu-isu seperti menyentuh wanita ajnabi, hukum solat jemaah, menggunakan air musta''''''''mal, membaca dan memegang al-Quran ketika berhadas kecil dan besar, amalan sempena nisfu syaaban dan lain-lain lagi sering menjadi perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dari dahulu sehingga kini. Perbezaan ini ada kalanya membawa kepada kebaikan dan ada kalanya membawa kepada permusuhan dan perbalahan yang tidak berpenghujung.

Perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia telah pun berlaku semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah ke hari ini. Ini semua berpunca daripada kefahaman yang berbeza terhadap nas al-Quran dan hadis serta kedudukan tempat yang berbeza di kalangan kaum muslimin dahulu dan kini.

Bagi orang awam yang tidak terdedah kepada pelbagai perbahasan ulama terhadap dalil dan tidak pernah mengambil tahu punca segala hukum-hakam yang diamalkan hari ini, pastinya akan menghadapi kesukaran ketika berlaku percanggahan di kalangan para ulama Islam.
KALENDAR