amalan bermazhab: perlu atau tidak?
Penulis :Dr. Maszlee Malik
Kategori: Buku
ISBN : 978-860-303-4
Halaman: 71
BERAT :100gram
RM 3

SINOPSIS

Ramai di kalangan kita yang mengakui dirinya bermazhab Syafie. Namun, sebilangan besarnya masih belum jelas apa itu mazhab menurut Islam dan bagaimana sseorang itu dikatakan pengikut Mazhab Syafie itu sendiri. Apa sahaja fakta yang berkaitan agama dianggap sebahagian daripada pendapat Mazhab Syafie. Ini semua berpunca daripada kejahilan dan keengganan mereka mencari ilmu yang sahih berdasarkan kefahaman para ulama muktabar. 

 

Bagi membantu para pembaca khususnya yang beragama Islam memahami apa itu mazhab dan pandangan para ulama mengenai amalan bermazhab dalam Islam, buku kecil ini diharap dapat membantu. Antara isi kandungan buku ini ialah takrifan taqlid mazhab, hukum bermazhab menurut pandangan para ulama muktabar, talfiq, ittiba` dan sebagainya.

 

Semua perkara di atas dapat diketahui dengan mudah dengan huraian yang ringkas dan bahasa yang tersusun. Moga-moga buku ini menjadi panduan berharga agar umat Islam terutamanya di negara ini lebih objektif dalam mengamalkan mazhab dalam Islam.

Imprint