hafizul vs husna
Penulis :Tan Teck Hwa
Kategori: COMIX21
ISBN : 978-967-0342-60-3
Halaman: 80

RM 10.00

SINOPSIS
Komik Hafizul vs Husna ini mengisahkan Hafizul yang sangat sukakan Husna yang pandai. Namun, ia seperti misi yang mustahil untuk menambat hati Husna. Walaupun mereka belajar di dalam kelas yang sama, namun mereka langsung tidak pernah bertegur sapa dek kerana sikap Husna yang sombong.



Berbeza pula dengan Hafizul. Dia sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik sehingga Cikgu Dayah, guru kelas mereka terpaksa mengubah tempat duduk Hafizul bersama-sama Husna. Ia membuatkan Hafizul sangat teruja!



Namun persoalannya, adakah dia akan berjaya mendekati Husna? Apa yang pasti, anda akan ketawa dengan telatah Hafizul dan Husna! Tak percaya? Cubalah baca!
KALENDAR