yummy, donat coklat!
Penulis :Umi E. Na
Kategori: KidsPrima
ISBN : 978-967-0535-15-9
Halaman: 152

RM 22.00

SINOPSIS
Yummy, Donut Coklat!

“Lagi satu, jangan sorokkan donat coklat di bawah bantal,” kata Hani. “Ala... tu Hana lupalah. Bukan sengaja,” bantah Hana dan wajahnya yang ceria kembali mencuka. “Yalah, sampai hati adik sorokkan donut coklat daripada akak. Kak Hani tak rasa pun walaupun sikit.” “Yalah, yalah... adik dah ingat. Serik, takkan buat lagi! Lagipun adik kan dah terima balasannya.”


Diserang Zombi

Baru sahaja hendak terlelap, Haziq terdengar bunyi suara yang pelik. Rasa mengantuknya tiba-tiba hilang. Haziq duduk di birai katil untuk mendengar dengan lebih jelas. Bunyi suara itu datangnya dari dalam almari baju Haziq. Patutkah aku periksa apa yang ada di dalam almari itu? Ah! Mungkin khayalan saja. Dum! Dum! Dum! Terdengar pula bunyi seperti seseorang memukul almari pakaiannya dari dalam. “Roar! Roar!” Suara itu kedengaran lagi.

Ayuh, ikuti 15 cerpen hebat yang pasti menghiburkan! Selamat membaca!
KALENDAR