syy... rahsia!
Penulis :Fatin Wahab
Kategori: Remaja
ISBN : 978-967-0535-48-7
Halaman: 248

RM 15

SINOPSIS
Suka duka Raifa pada tahun akhir di SMK Seri Saujana dicatatkan secara rahsia dalam diarinya yang diberi nama Encik Diari. Sedar tak sedar sudah lima tahun juga Raifa menjadi penghuni asrama sekolah Seri Saujana.

Banyak perkara yang terjadi. Semua itu mematangkan Raifa. Dia menjadi lebih
bersemangat dengan adanya Qila, sahabat karib yang lincah dan menghiburkan. Malah, Raifa juga dapat merasakan tempias manis-manis
cinta bersama Badrol, atlet sukan sekolahnya. Kejayaan demi kejayaan yang
disandang sebagai pemidato dan tukang karut SMK Seri Saujana turut melakar bibit-bibit indah.

Namun, cabaran terbesar adalah peperiksaan SPM hujung tahun itu. Malang tidak berbau, Raifa dituduh sebagai pencuri dan dihadapkan ke mahkamah
asrama. Saat asrama dilanda histeria yang berpanjangan turut memberi kesan kepada Raifa dan penghuni-penghuni asrama yang lain. Semuanya jadi tunggang-langgang.

Aduh, banyaknya perkara yang perlu diselesaikan sendiri! Bagaimana Raifa terus bertahan? Oh diari, hanya kau yang mengetahui!
Imprint