kita tukar nak?
Penulis :Fadhilah Drahman
Kategori: Remaja
ISBN : 978-967-0535-49-4
Halaman: 264

RM 15.00

SINOPSIS
Baju-t, jeans, skirt, gaun kembang... Itu semua menjadi kesukaan Qistina yang hidup serba moden. Kalau makanan semestinya dia memilih chicken chop, spageti dan semua jenis makanan Barat. Bergelar anak datuk menjadikan
Qistina manja dan kurang berdikari.

Tetapi setelah mengikuti aktiviti perkhemahan kelasnya, berlaku kejadian di luar jangkaan Qistina. Pertemuan dengan Teratai, seorang gadis kampung yang
seiras wajahnya, bersopan-santun dan bertanggungjawab telah mencetuskan idea buat Qistina.

Teratai menerima idea itu walaupun dia masih berasa ragu-ragu dan agak takut. Penerimaan Teratai terhadap idea Qistina itu menyebabkan berlakunya pelbagai konflik. Apakah yang dilakukan Qistina dan Teratai? Adakah mereka
mencetuskan kontroversi?
KALENDAR
Imprint