1 hari 1 cerita; kami sayang cikgu!
Penulis :Siti Zaleha M.Hashim
Kategori: KidsPrima
ISBN : 978-967-0535-61-6
Halaman: 160

RM 22

SINOPSIS
Alami suka duka pelbagai kisah penuh teladan dalam 15 cerpen hebat ini!

Antara fragmen cerpen di dalam buku ini:

TERIMA KASIH ZUBIR
Zubir... mungkinkah? Soalnya di dalam hati.
Wajahnya memang serupa. Nama pun serupa. Benar atau tidak hanya Allah yang tahu. Namun, jauh di sudut hati, Najwa bersyukur kerana telah ‘berjumpa’ dengan Zubir semalam. Kalau tidak, dia pun tidak pasti apa akan terjadi pada dirinya akibat terlalu mengikut kata hati.

KAMI SAYANG CIKGU
“Cikgu Salmah nak juga buat baik dengan kita walaupun kita degil dan selalu main-main dalam kelasnya.”
“Lepas ini saya kena ubah perangai. Kita buat nakal pun cikgu masih lagi buat baik dengan kita. Masih sayangkan kita.”
Rashid berasa terharu dengan layanan Cikgu Salmah terhadapnya. Ternyata Cikgu Salmah seorang guru yang baik.
KALENDAR
Imprint