kadet mia sara
Penulis :Noor Zilawati Abu Bakar
Kategori: Remaja
ISBN : 978-967-0535-72-2
Halaman: 272

RM 15.00

SINOPSIS
Apabila budak bandar masuk kampung, huru-hara jadinya. Hari pertama di kampung, Mia Sara sudah dikejar dengan angsa. Hari berikutnya, dia bermandikan selut bendang gara-gara dikejar angsa lagi. Kali ini mangsa lain turut terkena,
iaitu Aqil. Kecoh jadinya!

Di sekolah baharu, Mia Sara nekad untuk memasuki kumpulan Trio Popular. Namun, hajat hati ingin bersama Trio Popular dan menyertai pasukan sorak berkecai apabila mendapati keahlian persatuan itu sudah pun penuh. Mia Sara terpaksa memilih untuk menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang terdiri daripada Geng Skema dan Aqil.

Mampukah Mia Sara menyesuaikan diri dalam Geng Skema? Bagaimana kesudahan kisah Mia Sara ini?
KALENDAR