1 hari 1 cerita; ayahku superhero
Penulis :Zakiah Abd. Ghafar
Kategori: KidsPrima
ISBN : 978-967-446-169-0
Halaman: 176

RM 22.00

SINOPSIS
Joran Oh Joran

Nak jerit panggil ibu ke tak? Nanti kalau panggil ibu, nak bagi alasan apa? Tentu ibu tanya buat apa di atas tembok? Takkan nak kata kejar Comot? Itu bohong. Berdosa bohong ibu. Nak buat macam mana ni? Kalau ibu nampak joran di luar pagar, tentu ibu tahu aku nak memancing lagi.

Puteri Merah Jambu

“Inilah pokok bunga mawar merah jambu dan putih yang sering awak cium. Mereka sakit sekarang kerana sampah-sampah yang awak buang di badan mereka telah menjadi tempat pembiakan bakteria dan fungus.”

Ayahku Superhero

“Nenek, barulah Talia tahu yang ayah umpama seorang superhero. Ayah lebih hebat daripada superhero barat seperti Superman dan Batman. Ayah membantu orang-orang yang dalam kesusahan walaupun ayah tidak mempunyai kuasa sakti.
Talia kagum dengan kehebatan ayah,” kata Talia.
KALENDAR