projek seram wad
Penulis :Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin, Ebriza Aminnudin
Kategori: Novel
ISBN : 978-967-446-237-6
Halaman: 544

RM 26.00

SINOPSIS
“Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!” / PRANK – ZAIFUZAMAN AHMAD
Sheila tidak percaya tentang kewujudan makhluk halus. Dia telah dicabar Joe untuk bertapa di sebuah hospital lama selama tiga jam. Kalau dia berjaya melalui ujian itu, Joe akan membayar upah sebanyak RM1,000. Malangnya, suatu malapetaka telah berlaku di mana gadis itu terbunuh. Apa sebenarnya terjadi? Adakah ia satu perbuatan prank atau benar-benar terjadi? Ataupun muslihat Joe sendiri?

Hari ni kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau. / BOURRE 304 – HASRUDI JAWAWI
Sejak ditugaskan di Bourre 304 yang terletak di Blok 3 aras empat hospital itu, hidup Izara mula diganggu sesuatu. Selain itu, pesakit pertama yang perlu dia jaga dan uruskan di Bourre 304 juga mengundang misteri. Kelibat wanita berwajah mengerikan yang seiras dengan pesakit pertamanya itu selalu mengganggunya. Apa kaitan Izara dengan pesakit yang berpangkat Datin itu?

Jururawat mana pula yang suka sangat main tarik-tarik selimut ni? / HOSPITAL MELORSARI – JULIE JASMIN
Ambulans yang sepatutnya membawa mereka ke Hospital KPJ sudah tersilap hospital membawa mereka ke Hospital Melorsari. Kehilangan demi kehilangan pesakit di Hospital Melorsari menjadi tanda tanya. Apakah kisah di sebalik kehilangan pesakit-pesakit di sini? Apakah rahsia yang tersimpan di Hospital Melorsari?

Hati-hati... jangan sampai jadi mangsa. / BILIK 13 – EBRIZA AMINNUDIN
Addin Adilla merupakan jururawat yang baru bertukar ke Hospital Cempaka Suri berasa pelik apabila dia menjejaki kaki ke wad 13. Orang-orang di sana cukup berbeza sekali dengan orang-orang di wad biasa membuatkan mindanya berkecamuk memikirkan tentang mereka.
KALENDAR