seteru
Penulis :
Kategori:
ISBN : 978-967-446-472-1
Halaman: 544
BERAT :0gram
RM 30
SINOPSIS

Satu kebangkitan, seribu kehancuran

Lima ratus tahun berlalu, tangan-tangan kejahatan berusaha untuk membangkitkan semula Raja Syaitan di muka bumi. Demi menghalang malapetaka yang besar daripada berlaku, Hairil berlayar meredah lautan yang buas untuk memusnahkan semua serpihan jasad Raja Syaitan yang pernah dikumpulkan oleh bapanya. Tanpa dia ketahui, terdapat seorang perempuan misteri yang menjaga serpihan jasad Raja Syaitan daripada disentuh sesiapa.

Rintangan muncul bertimpa-timpa. Takdir menetapkan dua jiwa untuk saling berseteru. Seorang lelaki bertopeng dan berbusana Melayu hijau menuntut dendam atas kematian yang disebabkan oleh Hairil. Ketika amarah dan dendam menguasai jiwa, hanya keimanan yang menjadi penawar kesengsaraan. Ketika darah terus tumpah berhamburan, hanya TUHAN yang mampu memulangkan kedamaian.

Mungkinkah Raja Syaitan merajai semula dunia ini dan meniup bara ketakutan kepada umat manusia?

HAIRIL- Perasaannya sudah terseksa semenjak sekian lama. Namun dugaan hidup menjadikannya seorang yang lebih tabah dan matang. Antara kebahagiaan hidup dan keamanan dunia, dia lebih sanggup menggadai kebahagiaannya sendiri!

KASTURI- Pendekar yang diselubungi dendam angkara hasutan sihir. Selagi darah yang dikehendaki tidak ditumpahkan, selagi itu dia akan terus lincah menghamburkan serangan maut.

NANDRA- Pelenyap yang digeruni. Satu sentuhan mampu memburaikan tubuh mangsanya. Dendam kesumat yang disimpan selama ratusan tahun mengakibatkan kehancuran yang membinasakan tamadun manusia!


KALENDAR
Imprint