biarkan ia pergi
Penulis :Liza Nur
Kategori: Novel
ISBN : 978-967-5234-74-3
Halaman: 588

RM 19.90

SINOPSIS
‘Biarkan Ia Pergi’ menyingkap kisah Alissa Othman dalam meniti titian kehidupannya. Kisah hidup Alissa yang mulanya bersih akhirnya berjelaga dengan noda hitam setelah kesuciannya diragut oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Alissa ditinggalkan kekasihnya, Izani dan dikhianati oleh sahabat yang dianggap seperti saudaranya sendiri, Fara Zaliqa. Selepas menamatkan pengajian di Kota Adelaide, Alissa pulang untuk membuka halaman baru bersama keluarga tercinta. Namun, Alissa disahkan hamil anak yang tidak dikenali siapa ayahnya. Dek kerana malu, ibu bapanya menghalau dia dari kampung halaman. Alissa bertukar wajah dari seorang gadis yang lembut dan penyayang kepada wanita cekal demi memperjuang nasib anaknya, Ameen Zaquan. Hadirnya Zaquan Zachery, memberi sinar harapan baru ke dalam hidupnya dan Ameen Zaquan. Namun, benarkah Zaquan tulus mencintainya? Sanggupkah Zaquan menerima diri Alissa seadanya?
KALENDAR