cahaya cinta
Penulis :Aishah Abu Hassan
Kategori: Novel
ISBN : 978-967-5489-78-5
Halaman: 720

RM 25.9

SINOPSIS
Perkahwinan yang bukan atas pilihan hati mengundang penderitaan Anis. Namun begitu, berkat kesabaran dan anak yang dikandungnya telah menguatkan semangat Anis untuk terus mencintai Nizam biarpun suaminya itu tidak pernah membahagiakannya. Namun, lama kelamaan Nizam mula berubah sikap dan melayan Anis dengan baik. Di sebalik layanan yang baik itu, Anis dapat merasakan sesuatu yang kurang pasti. Ternyata Nizam bukan berubah sepenuhnya apabila Anis mendapati suaminya terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. Anis merasakan masa depannya gelap. Walaubagaimanapun, Anis bertekad untuk mengubah segala-galanya. Kehadiran Rizman, majikan Anis sentiasa mengambil berat ke atas dirinya telah menggugat perasaannya. Namun begitu, cinta dan sayang Anis pada suaminya tetap kukuh. Pelbagai dugaan dan rintangan dalam mengukuhkan rumah tangganya terpaksa diharungi. Sehinggalah suatu ketika kepercayaannya pada seorang insan bernama lelaki semakin pudar. Malah bencinya pada kaum adam itu kian menular di sanubarinya. Biarpun lelaki itu bukan lagi Nizam dan bukan lagi Rizman. Cahaya Cinta sebuah kisah yang dapat merungkai segala-galanya.
KALENDAR
Imprint