syurga & neraka
Penulis :Sakinah Ariff Johor
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0313-3
Halaman: 326
BERAT :450gram
RM 18.00

SINOPSIS
Kepercayaan pada syurga dan neraka sebagai destinasi terakhir bagi orang mukmin dan kafir merupakan salah satu cabang keimanan pada hari kiamat. Sesiapa yang ingkar bahawa segala perbuatan baik dan buruk akan dibalas dengan nikmat dan azab di akhirat kelak, maka dia akan kufur dan keimanannya tertolak.

Segala kenikmatan yang ada di syurga itu tidak pernah kita lihat dengan mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seorang hamba pun di dunia ini. Itulah sebaik-baik balasan atas kesabaran mereka selama di dunia.

Bagi penghuni neraka pula, mereka akan diseksa sekeras-kerasnya kerana meninggalkan suruhan agama, melakukan dosa, mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan serta melakukan maksiat terhadap ALLAH AZZA WA JALLA. Demikianlah janji ALLAH yang diulang-ulang dalam al-Quran dan sunnah Nabi-NYA. DIA amat menepati janji-NYA.

Buku ini memberikan huraian lengkap berbentuk soal jawab berkenaan dengan syurga dan neraka menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran, sunnah dan pendapat ulama muktabar.
KALENDAR