senjata orang mukmin (edisi kemas kini)
Penulis :Abu Ruwais Al-Syubrawi
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0323-2
Halaman: 296
BERAT :300gram
RM 10

SINOPSIS
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h pernah berkata:

“Sekiranya engkau ingin mengetahui setulus mana tauhidmu kepada ALLAH, perhatikanlah pada doa-doamu.

Semakin teguh tauhid dan iman kita, semakin banyaklah doa kita dimakbulkan. Sebaliknya, semakin rosak tauhid dan semakin berkurang iman kita, semakin banyaklah doa-doa kita tidak di­perkenankan. Jus­teru, amat penting kita memperbanyakkan doa kepada ALLAH untuk mengetahui di tahap mana kedudukan tauhid dan iman kita.

Buku ini merupakan himpunan doa daripada al-Quran dan hadis sahih yang boleh dijadikan zikir-zikir harian. Hidup kita ini memang tidak terlepas daripada doa. Kita amat memerlukan doa dalam semua urusan. Selain doa-doa umum dan khusus, buku ini juga menghimpun­kan doa dan zikir untuk mengubati masalah gangguan sihir atau kejahatan jin.

Semoga doa-doa dan zikir yang diamalkan mampu menjadi ‘senjata’ dan ‘benteng’ diri dalam menghadapi musibah atau ujian ALLAH.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
  • Adab Berzikir dan Berdoa
  • Zikir dan Doa di Rumah
  • Zikir-Zikir Pagi
  • Zikir-zikir Petang
  • Zikir Ibadat Solat
  • Zikir Ibadat Puasa
  • Zikir Ibadat Haji
  • Doa-doa Umum
  • Doa-doa Daripada Al-Quran
  • Ruqyah (Rawatan Sihir dan Jin)
KALENDAR
Imprint