cipta syurga hati
Penulis :DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0345-4
Halaman: 320
BERAT :0gram
RM 15

SINOPSIS

Hati dalam konteks buku ini bermaksud jiwa, kalbu atau sanubari. Ia membabitkan batin seperti perasaan, fikiran serta cita-cita yang terkandung di dalam hati kita. Cipta pula bermaksud kekuatan yang ditolak oleh kekuatan berfikir dan kekuatan berinovasi.

Jadi, pengisian CIPTA SYURGA HATI adalah satu usaha mencipta sesuatu yang tidak dapat dilihat dalam bentuk benda tetapi boleh diterjemahkan melalui peribadi yang molek, menarik, betul, patut lagi munasabah. Ia bertujuan mendamaikan jiwa untuk melalui hidup seadanya. Yakinlah bahawa syurga di hati mampu dibentuk bergantung pada kesediaan hati itu sendiri.

Misi buku ini dalah memberikan kita rasa bahagia seakan syurga sebagaimana ungkapan rumahku syurgaku. Justeru, kita akan dapati banyak hujah DR.HM TUAH ISKANDAR al-HAJ berpaksikan pendirian suci ini apabila mengetengahkan satu-satu persoalan untuk mencipta syurga di hati di dunia yang bakal fana ini. Moga-moga ilmu yang dikongsi ini dapat dimanfaatkan bersama.

KALENDAR
Imprint