mencari redha-mu
Penulis :Ustaz Noor Hisham Ismail
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0366-9
Halaman: 432
BERAT :400gram
RM 18

SINOPSIS

Mencari Redha-MU memuatkan pelbagai persoalan tentang akidah, fiqh, akhlak, kekeluargaan dan umum. Sesetengah isu yang dibangkitkan walaupun tampak agak remeh namun besar implikasinya dalam hubungan antara kita dengan masyarakat sekeliling dan juga hubung kait dari segi pegangan agama. 

 

Apabila kita melakukan ibadat, tidak memadai hanya bersertakan niat tetapi mestilah berlandaskan syariat dan diiringi dengan cara yang betul. Bukalah minda, lapangkan dada, terima kebenaran dan perbaiki kepincangan. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan. 

 

Marilah kita bersama mendidik diri dengan mencari redha ILAHI. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa diberkati dan dapat mengecapi nikmat kemanisan dalam memenuhi segala tuntutan agama, duniawi dan ukhrawi.

 

Mencari Redha-MU mengadun variasi rasa pedas, manis, masam, masin dan pahit:

  • Meraih cinta dan kasih al-Khaliq 
  • Memupuk keintiman dengan ILAHI
  • Meyakini bahawa doa adalah senjata
  • Mengukuh keyakinan dan ketakwaan 
  • Membuang rasa ego dan penyakit hati
  • Menangani masalah dengan lapang dada
  • Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
  • Membuka minda dan menerima kebenaran
  • Memaafkan dan mengusir dendam kesumat
  • Menyedari segala tuntutan dan larangan-NYA
Imprint