menerokai kegemilangan saintis islam
Penulis :Dr Yazid Abdul Manap
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0384-3
Halaman: 304
BERAT :200gram
RM 15.00

SINOPSIS
KAMI akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan KAMI di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar. – Surah Fussilat: 53

Islam tidak pernah kering dengan catatan perjalanan umatnya. Pada Zaman Kegemilangan, Islam telah melahirkan begitu ramai tokoh ilmuwan ulung yang berjaya mencetuskan idea untuk pembangunan ummah. Golongan ini membawa mercu budaya dan tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga ia menjadi ikutan arus kemodenan negara Barat. Hari ini kita banyak didedahkan dengan penemuan saintis Barat dan hanya sedikit tentang keagungan ilmuwan Islam. Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa ilmuwan ini telah mendahului saintis Barat dalam penemuan beberapa teori. Sudahnya, banyak ciptaan ilmuwan kita digunapakai dan Barat dengan mudah mengaku bahawa penciptaan itu milik mutlak mereka!

Rentetan daripada senario inilah, MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM mengajak kita menyelami sendiri sejarah cendekiawan yang tidak pernah surut menyumbang ke arah kemajuan tamadun Islam. Juga membawa kita merentasi keagungan al-Quran sebagai sumber sains serta membongkar sains para Nabi ALLAH. Iqra... dengan nama TUHAN agar ditemui kebenaran yang nyata.

Antara kandungan menarik:
- Membongkar Sains Para Nabi ALLAH
- Menyelami Sumbangan Ilmuwan Islam
- Mengenali Tokoh Saintis Barat
- Meneroka Kegemilangan Sains Tamadun Islam
- Mencungkil Rahsia Solat Dari Sudut Sains
- Menggali Amalan Pemakanan Saintis Islam
- Memerlukan Sains Untuk Mentadbir Alam
- Mematuhi Etika Dalam Sains
- Menyedari Kehebatan Kejadian Manusia
- Meyakini Al-Quran Sebagai Sumber Sains
KALENDAR