rahsia aurat sempurna
Penulis :Fathullah al-Haq Muhammad Asni
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0419-2
Halaman: 272
BERAT :300gram
RM 16.00

SINOPSIS
Trend masyarakat hari ini yang terlalu moden membuatkan batasan aurat semakin dipandang remeh. Umpamanya, lelaki dan wanita tanpa segan silu bercampur gaul, menjadikan ipar duai seperti adik-beradik dan menganggap tunangan sebagai mahram. Tidak juga dinafikan, ada segelintir individu telah terpengaruh dengan imej-imej dari barat yang dianggap sebagai simbol kemajuan.

Apakah faktor yang menyebabkan gejala mendedahkan aurat seperti ini semakin kritikal?Adakah disebabkan mereka keliru tentang konsep aurat atau sengaja tidak mempedulikan kewajipan menjaga batas-batas aurat sebagaimana yang ditetapkan syarak? Situasi yang berlaku ini sebenarnya mampu mengundang mudarat sama ada kepada lelaki dan wanita.

Aurat Sempurna menghuraikan kemusykilan yang dialami oleh masyarakat dengan menerangkan aurat antara lelaki dan wanita, keluarga, kanak-kanak, ipar duai dan banyak lagi. Jadikan buku ini sebagai rujukan peribadi anda demi membina peribadi unggul seperti Rasulullah SAW.

Antara kandungan menarik:

• Hukum Lelaki Melihat Ketika Bermuamalah
• Batas pandangan Antara Suami dan Isteri
• Hukum Bersalam Dengan Wanita Tua
• Hukum Perempuan Keluar Bekerja
• Batas Ketika Bersama Tunangan
• Aurat Antara Lelaki dan Wanita
• Hukum Melihat Lelaki Lembut
• Hukum Lelaki Melihat Wanita
• Adab Bersama Lelaki Ajnabi
• Aurat Ketika Solat
KALENDAR