santunan fitrah
Penulis :Dr. Harlina Halizah Siraj
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0432-1
Halaman: 240
BERAT :460gram
RM 17.00

SINOPSIS
Dalam buku ini, penulis mengadunkan pengalaman hidup
lebih 40 tahun sebagai seorang insan bergelar wanita yang
lahir dan menghabiskan
sebahagian besar hidup di bumi
bertuah ini, lebih 20 tahun sebagai pengamal perubatan dan aktivis NGO yang sentiasa responsif terhadap keadaan
sosial
masyarakat yang begitu dipengaruhi oleh perkembangan
politik, ekonomi, teknologi dan persekitaran.
Dengan memilih tajuk isu semasa, penulis cuba menggarap
persoalan yang timbul dan mengemukakan beberapa
premis yang berasaskan data serta bukti sebelum
mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil di
peringkat individu dan masyarakat.
Akhirnya, semoga timbullah kesedaran yang mendalam,
betapa manusia ini sudah sedia dibekalkan dengan manual
kehidupan yang lengkap sempurna oleh Allah– melalui
panduan Kitab al-Quran yang dihidupkan dengan
demonstrasi sepanjang hayat kehidupan Rasulullah SAW
melalui catatan sunnah baginda yang mulia.
Pada akhir pembacaan naskhah Santunan
Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan
bahawa
tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan
melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah!
Semoga ada sedikit manfaat yang mampu dicedok untuk
menambah keluasan sudut pandang serta meningkatkan
tahap intelektual. Kerana sesungguhnya, itulah objektif
utama penulisan buku ini.
KALENDAR