jadi muslim super hebat
Penulis :DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0654-7
Halaman: 195
BERAT :500gram
RM 22.00

SINOPSIS

Menjadi muslim cemerlang dan berjaya amat dituntut oleh Islam. Apatah lagi ia seharusnya menjadi impian kita yang secara fitrahnya dilahirkan sebagai muslim sejati.

Sama ada menjadi muslim tunggul atau unggul, kitalah yang menentukannya. Bagaimana, di mana dan apa kaedahnya kitalah yang harus bijak memilih supaya hasilnya dapat menentukan sama ada kita ini mampu mencipta perubahan atau statik di takuk lama.

Atau kita ini hanya seorang muslim tetapi gagal menyumbang walau sekecil usaha untuk Islam?

Ditulis dalam gaya santai dan bersahaja membuatkan pembaca akan lebih mudah memahami, sekali gus dapat mempraktikkan formula, tip juga kaedah yang diberi. Ayuh! Bentuk diri kita bermula sekarang Menjadi Muslim Super Hebat!

Antara Kandungan Menarik:

  • Bahagianya Berbaik Sangka Dengan Allah
  • Jangan Marah, Sabar Itu Lebih Baik
  • Menuai Pahala Yang berpanjangan
  • Ke Masjid Buat Pahala, Bukan Dosa
  • Sempurnakan Menutup Aurat
  • Sentiasa Online Dengan Allah
  • Ayuh, Hormati Golongan Tua
  • Tiga Elemen Keredhaan-Nya
  • Kita Jangan Jadi Orang Jahil
  • Diri Allah Yang Berkenan

KALENDAR