korban
Penulis :Arifful Baqi
Kategori: Novel
ISBN : 978-967-86-0664-6
Halaman: 544
BERAT :500gram
RM 26
SINOPSIS
Perasaan ingin tahu yang berada di kemuncak telah membawa Hairil ke suatu daerah ganjil sehingga sahabatnya, Zahid turut terjebak dalam kancah yang cuba diselesaikan olehnya sendiri.

Tanpa terduga, kejahatan yang wujud semasa zaman kegemilangan bapa kandungnya telah memburu Hairil sebagai ganti pertumpahan darah. Muncul Umar, yang bergelar Panglima Hitam sebagai pelindung dan penghalang kematian Hairil- atas nama janji- juga rahsia besar yang tidak mungkin diceritakan.

Semarak Kezaliman, nama yang digeruni oleh seluruh pendekar perlahan-lahan membawa kehancuran ke atas bumi tersembunyi ini. Tujuannya satu- memaksa keturunan yang belot kepadanya menjadi pewaris nama yang agung! Maka Inkrima yang membawa kepada kemusnahan sengaja dicipta agar menjadi sebab perpecahan manusia.

Apakah mungkin Inkrima itu ‘dijinakkan’ oleh Hairil? Mampukah, nama Tuah menjadi pencetus kepada gelombang kebangkitan? Atas nama cinta dan dendam, keduanya membawa kepada kemusnahan, antara Tuah dan Semarak Kezaliman, tetap yang menderita itu... dia!
Terkadang perasaan itu perlu untuk dikorbankan....
KALENDAR
Imprint