cinta tanpa syarat
Penulis :Qaseh Husna
Kategori: Novel
ISBN : 978-967-86-0678-3
Halaman: 496
BERAT :450gram
RM 25.00

SINOPSIS
Pertemuan demi pertemuan mendekatkan jarak mereka bersama. Setiap kali Zafril Reza ada, Hannah Natasha akan menjadi manusia paling bengis di dunia. Pantang berjumpa, ada saja yang tidak kena. Pasti akan terjadi perang mulut, tergores dan terkecil hati. Sehinggalah suatu hari, Zafril Reza membuat keputusan bulat di dalam hidupnya. Hannah Natasha harus dinikahi.

Keputusan mendadak Zafril membuatkan Hannah musykil dan tertanya mengapa. Apa motif dan sebab Zafril ingin berkahwin dengannya sedangkan mereka sering tidak sekata. Bersulamkan dendam, Zafril cuba menjadi calon suami terhebat dan terbaik. Melimpahkan kasih sayang yang tidak mampu dipersoalkan sehinggalah Hannah terbuka hati untuk menerimanya.

Namun, semakin hari, Zafril semakin sayang. Cinta yang hadir tidak mampu ditolak. Dendam yang tersemat di dada, cuba disemai.

‘Maafkan Aril kak,Aril tidak mampu tunaikan janji Aril.’

Meskipun begitu, semuanya sudah terlambat.Keadaan jadi lebih tegang saat Hannah mendapat tahu perkara sebenar.

Kecewa, Hannah berubah menjadi orang yang berat mulut. Tidak mampu berhadapan dengan Zafril, dia pergi membawa diri. Bertahankah Zafril demi cinta mereka? Mampukah Zafril berjuang untuk wanita kesayangannya? Tergugatkah dia apabila Doktor Faiz cuba berada di antara mereka?

“Perasaan itu datang tanpa diundang dan pergi tanpa alasan.” - Hannah Natasha.
KALENDAR