mutiara nasihat imam syafie
Penulis :Ustaz Haji Rasid Muhamad
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0697-4
Halaman: 328
BERAT :300gram
RM 33.00

SINOPSIS

IMAM SYAFIE, satu nama yang tidak asing lagi kepada umat Islam dunia hari ini. Beliau terkenal sebagai seorang yang paling alim pada zamannya tentang makna-makna al-Quran, dan dianggap sebagai seorang manusia yang paling tahu tentang isi al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Sebelum wafatnya, beliau ada meninggalkan nasihat dan wasiat yang sangat agung dan penuh hikmah kepada umat Islam agar ia boleh dijadikan sebagai perisai dalam kehidupan.

Kelahiran naskhah “Mutiara Nasihat Imam Syafi e” adalah atas kesedaran untuk memperbanyakkan bahan bacaan yang bernafaskan Islam yang dapat dimanfaatkan ke arah pengilmuan ummah secara keseluruhannya. Buku ini memberi fokus pada pesanan-pesanan kerohanian Imam Syafi e. Dimensi kerohanian ini dipilih kerana ia jarang disorot oleh penulis-penulis lain.

Wasiat dan pesanan yang ditinggalkannya itu bukan sekadar kata-kata biasa yang keluar daripada pemikiran semata-mata. Tetapi ia hasil daripada renungan dari hati budinya yang tinggi, dibimbing oleh petunjuk Ilahi serta suluhan nabawi.

KALENDAR