cinta hati nayli
Penulis :Rabihah Nur Ridhuan
Kategori: Novel
ISBN : 978-967-86-0820-6
Halaman: 480
BERAT :255gram
RM 28.00

SINOPSIS

SINOPSIS
 
Hanya kerana hati tidak reda, aku terpaksa melalui kehidupan penuh kelam...
Nayli yang tiba-tiba hilang ingatan terpinga-pinga apabila diculik oleh seorang pemuda bernama Adrian. Lelaki bengis itu menuduhnya telah mencuri beg yang boleh menyelamatkan nyawa lelaki itu. Setelah disingkirkan sebagai ahli lembaga pengarah, Adrian semakin tersepit bila Puan Serina mahu menjual resort yang menjadi kenangan Adrian bersama arwah mamanya. Tersepit dengan keadaan itu, Adrian memerangkap Nayli kepada sebuah pertunangan. Tetapi perasaan lain pula yang muncul. Kelembutan dan kebaikan Nayli menyebabkan Adrian serba salah untuk menyakiti gadis itu. Bila tidak dapat bertemu dengan Nayli, Adrian mula terkapai-kapai membawa rasa aneh di hati. Dan sejak itu dia mula menjadi pengunjung setia hospital tempat Nayli bekerja.
 
"Kau yang mulakan permainan ni. This time...I'll make sure that I will win this games and you will regret for challenging me." - Adrian.
 
“Apa tujuan sebenar awak nak kahwin dengan saya? Apa permainan awak sebenarnya?” -Nayli
 
 
KATEGORI: CINTA SYAHDU
 
40% Sedih
30% Keluarga
30% Cinta
 
 
KEKUATAN NOVEL CINTA HATI NAYLI
 
Novel CINTA HATI NAYLI adalah karya ke-8 RABIHAH NUR RIDHUAN selepas Darlingku Minah Angau. Penulis seorang yang aktif dalam media sosial. Novel CINTA HATI NAYLI bukan sekadar bercerita tentang cinta semata-mata tapi juga diwarnai dengan medical drama di mana watak utama, Nayli seorang doktor. Sudah pastilah banyak cerita di hospital dipaparkan. Garapan lucu, gembira, romantis dan penuh tanda tanya diketengahkan saat Nayli hilang ingatan di awal cerita setelah diculik oleh Adrian. Pembaca akan jatuh cinta watak Adrian yang mahu membalas dendam dan menggunakan Nayli demi kepentingan dirinya tetapi berubah menjadi pelindung Nayli dan seterusnya mendidik hati Nayli supaya redha dengan apa yang telah terjadi. Kemudian pembaca dibawa dengan emosi sedih dan kasihan saat pembaca mengetahui apa yang telah terjadi kepada Nayli sehingga menyebabkan Nayli hilang ingatan. Kesimpulannya cerita ini mendidik pembaca supaya redha dan ikhlaskan diri dengan apa sahaja tragedi perit yang telah berlaku kepada kita.

KALENDAR