dhea gadis ‘dreamer’
Penulis :
Kategori: Novel
ISBN : 978-967-86-0854-1
Halaman: 176
BERAT :0gram
RM 20

SINOPSIS

Dhea, seorang gadis yang kuat berangan. Dia berkawan baik dengan Adli.

Apabila disuruh menyiasat status ‘prince charming’ Yaya, Dhea terpaksa merapati Hayden.

Dhea tersedar yang dia sebenarnya menyukai lelaki botak dan selekeh yang selalu berada di sampingnya.

Dhea tidak teragak-agak untuk memilih selepas menerima surat tawaran biasiswa. Soal jodoh dibiarkan menjadi ketentuan-NYA.

“Dalam hidup ni, tak ada prince charming yang akan selamatkan kau kalau kau tak nak selamatkan diri sendiri!”- Dhea

??

KEKUATAN :

Novel Dhea Gadis ‘Dreamer’ merupakan karya penulis prolifik Liza Nur yang ke-14 dengan Karangkraf setelah bercuti selama setahun.

Kali ini Liza Nur berkisah tentang impian seorang gadis bernama Dhea yang kuat berangan. Dhea Gadis ‘Dreamer’ bukan kisah cinta tengku mahkota mahupun anak dato. Dhea Gadis ‘Dreamer’ kisah realistik manusia biasa yang berani bermimpi dan berusaha mengejar cita-cita.

Kisah romantik komedi ini didukung oleh dua sahabat karib, Dhea dan Adli yang mempunyai sejarah hidup masing-masing. Keluarga yang bermasalah bukan alasan untuk mereka menjadi sampah masyarakat. Dhea dan Adli tidak taksub dengan cinta. Tetapi, tanpa disedari, mereka taksub dengan kehadiran antara satu sama lain.

Pembaca diajak ketawa dan menangis melalui karya pendek Liza Nur yang sarat dengan mesej ini. Tiap manusia berani bermimpi tetapi tidak ramai yang berani mengejar mimpi. Kisah ini memberi kekuatan kepada mereka di luar sana yang takut untuk bermimpi. Happy ending bukan hanya untuk Dhea, barangkali untuk anda juga!

 

KALENDAR
Imprint