marah-marah sayang
Penulis :Lily Haslina
Kategori: Umum
ISBN : 978-983-124-306-0
Halaman: 320
BERAT :300gram
RM 10.00

SINOPSIS
Buku Lily Haslina kali ini bertajuk ''''''''Marah-marah Sayang'''''''' kini sudah berada di pasaran sekarang. Bagi cik abang mahupun cik akak yang sedang menuju ke alam percintaan atau sedang bercinta, elok dapatkan buku ini.

BAGAIMANA agaknya perasaan lelaki apabila jatuh cinta? Adakah lelaki juga seperti perempuan, dihambat rasa resah gelisah dan rindu dendam yang tiada kesudahan? Sebenarnya lelaki juga selalu berasa serba tak kena tatkala cinta melanda. Lelaki pening... perempuan sekejap begitu, sekejap begini. Lelaki bingung dan serba salah, mood perempuan sukar ditelah.

Marah Marah Sayang boleh dijadikan manual percintaan bagi perempuan untuk memahami kehendak dan kerenah lelaki. Perempuan sering mengeluh sukar membaca fikiran lelaki. Hati perempuan sering tertanya-tanya, mengapa sukar meleburkan ego lelaki? Persoalan lain, apakah benar lelaki mudah rebah pada cinta gadis penggoda? Semuanya ini disingkap dalam Marah Marah Sayang.

Khusus untuk wanita, banyak tips boleh dikongsi melalui buku kecil ini. Ketahui perwatakan lelaki, yang gentleman memang pilihan. Namun usah terjebak dengan cinta lelaki barbarian. Cinta lelaki barbarian hanya menyiat-nyiat isi hati! Fahami rentak lelaki yang mulai curang. Dan petua hebat, menjadi kekasih yang tidak dilepaskan lelaki.

Lelaki itu misteri, lelaki itu sukar difahami.. Marah-Marah Sayang merungkai segala-galanya.
KALENDAR