aduhai suami
Penulis :Muhamad Mat Yakim
Kategori: Umum
ISBN : 978-983-124-320-6
Halaman: 222
BERAT :300gram
RM 13

SINOPSIS
Aduhai Suami adalah himpunan rencana pilihan mengenai rencah kehidupan seharian kaum Adam. Perihal telatah mereka dalam melayari bahtera rumah tangga dirungkai dalam pelbagai ragam dan kisah-kisah realiti yang mencuit hati. Di sebalik kerenah, perilaku pelik serta keegoaan si suami, adakalanya gelagat mereka memang sukar diduga. Sukarkah memahami mereka?

Tidak kira sama ada mengenai Tongkat Ali ataupun Kacip Fatimah, debar malam pertama ataupun malam-malam sepi seorang lelaki, semuanya dipersembahkan dalam bahasa kewartawanan yang mudah difahami. Bukan sahaja mudah, ia juga segar dan selalu memberangsangkan. Semoga kisah yang dipaparkan dapat memberi ilham baru untuk lebih mengenali sifat semula jadi lelaki dan seterusnya memahami mereka.

Raikan cinta anda agar rumah tangga lebih bahagia!
Imprint