kompilasi hidangan puding
Penulis :Chef Nor Asmawati Nor Din
Kategori: Resipi
ISBN : 978-983-124-414-2
Halaman: 64
BERAT :200gram
RM 7.00
SINOPSIS
Puding... lembut, manis dan sedap. Sungguh enak dimakan semasa ia sejuk. Apatah lagi apabila digandingkan bersama bahan sos, menjadikan ia lebih lazat lagi. Ia merupakan salah satu hidangan pencuci mulut yang paling digemari ramai dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Buku KOMPILASI HIDANGAN PUDING ini mengandungi 60 jenis puding yang telah dipelbagaikan resipinya. Puding yang dahulu begitu terhad bahannya, kini diubah suai pula dengan campuran lain seperti aiskrim, buah-buahan, kekacang, kek dan sebagainya.

Untuk menyediakannya tidak mengambil masa yang lama. Bahan-bahannya pula tidak terlalu banyak. Jadi, ia lebih mudah untuk disediakan. Anda pasti dapat menyediakannya walaupun dalam masa yang singkat.
KALENDAR