niaga online
Penulis :Saliyati Suhaimi
Kategori: Umum
ISBN : 978-983-124-485-2
Halaman: 224
BERAT :0gram
RM 10

SINOPSIS
LEDAKAN teknologi maklumat telah membawa satu fenomena baru yang melanda masyarakat dunia iaitu berniaga di internet. Melihat kepada kejayaan individu-individu yang berjaya meraih pendapatan lumayan dan mencapai status jutawan Internet, maka ramai yang memasang angan-angan untuk berjaya seperti mereka. Namun, banyak juga impian yang hanya tinggal angan-angan kerana kekurangan maklumat yang berkaitan dengan cara untuk berniaga di Internet.

Melihatkan keadaan ini, Saliyati Suhaimi terpanggil untuk mengisi kekosongan maklumat tersebut. Maka, lahirlah buku Niaga Online. Buku ini cuba membantu merealisasikan impian sesiapa sahaja yang ingin berjaya di dalam perniagaan bentuk baru ini.

Menariknya tentang buku ini, pembaca akan diajar secara langkah demi langkah untuk membuat perniagaan di Internet. Usah khuatir atau beranggapan bahawa buku ini hanya sesuai untuk dibaca oleh mereka yang memang berpengetahuan dalam bidang IT sahaja. Yang pasti, buku ini sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa ataupun agama.
KALENDAR
Imprint