kompilasi hidangan berpantang
Penulis :Chef Nor Asmawati Nor Din
Kategori: Resipi
ISBN : 978-983-124-497-5
Halaman: 64
BERAT :0gram
RM 7.00
SINOPSIS
BERPANTANG selepas melahirkan ialah perkara yang tidak boleh dilakukan atau tidak makan sesuatu yang memudaratkan kesihatan. Bagi wanita Melayu, jangka masa berpantang diperuntukan selama 44 hari.

Selain amalan yang diwarisi daripada nenek moyang dilakukan seperti berurut, mandi herba, mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis dan bertasak, pemakanan juga perlu dijaga. Buku Kompilasi Hidangan Berpantang ini memberi pilihan resipi kepada wanita yang melahirkan untuk menikmati masakan yang menyembuhkan luka dengan cepat, tidak memudaratkan kesihatan dan menyihatkan. Antara makanan yang digalakkan pengambilannya ialah ulam-ulaman, lada hitam, serai, halia, ikan haruan, peria, manjakani dan sebagainya.

Resipi-resipi di dalam buku ini disediakan untuk wanita berpantang yang mementingkan penjagaan tubuh sama ada untuk dalaman atau luaran. Ia sekadar cadangan dan boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masingmasing.
KALENDAR