jom mantop
Penulis :DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Kategori: Umum
ISBN : 978-983-124-573-6
Halaman: 258
BERAT :320gram
RM 10

SINOPSIS
DALAM mencipta sesuatu kejayaan, kita harus berusaha dengan semangat juang yang tinggi. Ini kerana, apabila sudah berada di puncak, untuk mengekalkan kejayaan yang sudah ada dalam genggaman adalah lebih sukar dan banyak caranya. Justeru itu, kita perlu terus berusaha dan jangan sesekali berasa lega dalam zon selesa. Sentiasa memperbaiki diri sambil terus mencapai kejayaan-kejayaan yang diimpikan. Namun, jangan sesekali menyombong dengan kejayaan yang sudah dikecapi hingga melupakan tanggungjawab sosial membantu mereka yang memerlukan. Ini kerana insan yang berjaya adalah insan yang bersedia berkongsi kejayaan dengan orang lain.

JOM MANTOP adalah sebuah buku yang membicarakan tentang bagaimana kita perlu mengukuhkan pencapaian kendiri di samping terus menggapai kejayaan-kejayaan seiring perjalanan masa dalam kehidupan. Gaya penyampaian yang santai dan selamba ternyata lebih dekat dengan minda pembaca. Pelbagai sudut kehidupan disentuh dalam topik-topik yang pastinya mampu membangkitkan semangat untuk terus menjadi insan terbaik. Semoga kita menemukan sesuatu yang tiada tara nilainya!
KALENDAR
Imprint