kegagalan bina kejayaan
Penulis :Johan Daniel
Kategori: Umum
ISBN : 978-983-124-644-3
Halaman: 256
BERAT :300gram
RM 12.00

SINOPSIS
Setiap manusia pernah mengalami kegagalan dalam hidup, namun sebenarnya kita masih mampu bangkit dan berubah menjadi insan yang lebih berjaya di masa akan datang. Dalam hal ini, kita perlu menganalisis diri dengan mengenal pasti kelemahan, mencipta strategi-strategi kejayaan melalui pendekatan refleksi supaya kehidupan yang kita lalui setiap hari menjadi lebih bermakna. Buku ini memberi panduan serta model-model refleksi untuk membantu kita mengesan kekuatan dan keupayaan diri. Selain itu, ia turut menghuraikan tentang faktor-faktor kegagalan di samping menyelitkan elemen-elemen motivasi dengan menyuntik kata-kata semangat daripada mereka yang telah berjaya mencipta nama di mata dunia seperti Muhammad Ali, Barack Obama, Jawaharlal Nehru dan lain-lain.

Buku ini padat dengan kisah insan-insan yang tidak pernah menyerah kalah dan pengorbanan mereka yang tidak berbelah bahagi untuk menjadi insan berguna dan berjaya. Manusia sebenarnya boleh berubah jika wujudnya kesedaran dan pengetahuan dalam diri mereka untuk mengorak langkah yang lebih cemerlang.
KALENDAR