jom makan untuk sihat
Penulis :Haryati Mat Deris
Kategori: Resipi
ISBN : 978-983-124-654-2
Halaman: 128
BERAT :300gram
RM 13.00

SINOPSIS
JOM, MAKAN UNTUK SIHAT bukanlah buku yang mengajar anda bahawa semua makanan elok untuk dimakan, tetapi memberi panduan agar anda dapat menyediakan menu masakan yang lebih berkhasiat kepada keluarga. Dibahagikan enam bab dengan resipiresipi pilihan terbaik untuk dicuba. Antara pengisiannya ialah ramuan alternatif sihat, menu seimbangkan berat badan, tambah darah elak anemia, sihat seperti si vegetarian, menu ala hospital dan anti oksidan dalam makanan.

Di kalangan kita, ada yang belum mengerti tentang makan cara sihat. Jadi, buku ini mampu membantu anda mengubah cara memasak kepada gaya pemakanan yang lebih baik. Malah, terdapat infoinfo berguna yang turut diselitkan di dalam setiap masakan sebagai panduan pemakanan. Selepas ini, tiada lagi masalah untuk tidak makan jika anda ingin berdiet. Ubah persepsi itu agar diri terus kekal sihat tanpa mengabaikan faktor pemakanan.

Sesuaikan pengambilan makanan mengikut tahap kesihatan anda. Begitu pun, jangan abaikan kehendak dan cita rasa selera. Makanan yang sihat masih boleh kekal lazat sekiranya kreatif mencipta resipi. Sebagai langkah awal, jadikan buku ini sebagai rujukan. Paling penting, sejauh mana pengetahuan kita dalam soal pemilihan makanan kerana yang dimakan itulah menjadi punca kondisi tubuh.
KALENDAR