variasi sanggul pengantin melayu tradisional
Penulis :Azman Razali
Kategori: Umum
ISBN : 978-983-124-738-9
Halaman: 256
BERAT :400gram
RM 39.9

SINOPSIS
Menata pengantin perlu teliti, kemas dan cantik. Selain daripada persalinan, solekan dan dandanan memainkan peranan penting agar pengantin tampil lebih cantik dari hari-hari biasa. Sebagai jurusolek pengantin, anda bukan sahaja perlu mahir menyolek malahan juga mendandan rambut dan mengubah sanggul.

Sanggul pengantin mesti tahan lama, kemas dan sesuai dengan penampilan pengantin. Anda boleh mendapatkan pelbagai gubahan sanggul yang menarik dan mudah di nashkah sulung garapan Azman Razali ini. Sanggul pengantin yang dipaparkan bukan sahaja cantik lagi menarik malahan mudah diikut dengan teknik dandanan yang ringkas lagi kemas.

Azman Razali sudah berkecimpung dalam bidang kecantikan ini lebih dari suku abad lamanya. Beliau bukan sahaja mahir dalam dunia seni tari, malahan beliau mempunyai sentuhan yang tersendiri dalam solekan, dandanan dan tatarias kecantikan.
KALENDAR
Imprint