jihad mardina
Penulis :
Kategori:
ISBN : 978-983-124-754-9
Halaman: 528
BERAT :400gram
RM 22.00

SINOPSIS
Mardina… anak yang tidak dikehendaki oleh Datuk Iskandar dan Datin Marisa. Tanpa kasih sayang ibu dan ayah, gadis itu hanyut dalam godaan iblis laknatullah. Lima tahun di kota London me­nemukan dia dengan Siti Fatimah. Wanita mualaf itu telah memalu fikirannya tentang makna hidup dan dan kenikmatan mencintai ALLAH Rabbul Alamin.

Dia pulang ke tanah air dengan azam untuk membawa keluarga­nya yang miskin iman tapi mewah dunia kembali ke jalan yang benar. Namun, pelbagai rintangan dan fitnah terpaksa dihadapi­nya. Walaupun kadangkala pegangannya goyah, jihadnya kepada Yang Satu tetap diteruskan. Bayangan kekuatan Siti Fatimah menjadi obor pada setiap kesedihannya.

“Ya Allah, kalau ada belas kasihan-MU kepadaku hamba yang kerdil ini, bukakanlah pintu hati kedua ibu bapaku untuk bertaubat kepada-MU. Aku tidak mahu mereka terus hidup dalam kejahilan.” Air mata membasahi rohani dan jasmaninya dalam tahajud yang dalam. Madina takut andai tiba-tiba sakratul maut datang menjemput sedangkan lafaz taubat tidak sempat diucapkan oleh mereka.
KALENDAR