koleksi menu harian
Penulis :Noorshawati Che Razali
Kategori: Resipi
ISBN : 978-983-124-796-9
Halaman: 92
BERAT :150gram
RM 14

SINOPSIS
Bukan mudah memastikan makanan yang diambil oleh ahli keluarga berkhasiat lebih-lebih lagi jika makanan tersebut tidak disediakan sendiri. Corak pemakanan sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana cara pengambilan makanan berkhasiat mampu menjamin kesihatan diri. Oleh itu, Koleksi Menu Harian mampu membekalkan nutrisi yang lengkap untuk badan seseorang. Terdapat pelbagai sajian lengkap yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Antaranya hidangan sarapan hidangan tengah hari, hidangan petang dan hidangan malam. Bagi yang gemarkan sajian yang mengenyangkan dicadangkan agar anda mengisi pagi anda dengan makanan utama berkombinasi dalam satu hidangan.

Sajian set lengkap selalunya didatangkan bersama nasi, sayur-sayuran, lauk-pauk dan ulam-ulaman. Bagi anda yang punya waktu luang di rumah seperti di hujung minggu, bolehlah memasak makanan yang lebih istimewa untuk ahli keluarga.
KALENDAR
Imprint