helo, si merah jambu
Penulis :Yatie Atiqa
Kategori: Novel
ISBN : 978-983-124-879-9
Halaman: 700
BERAT :500gram
RM 26
SINOPSIS
Nur Farhana, minah kilang yang sentiasa menjadi perhatian pemuda di tempat kerjanya. Senyuman yang menggoda dan peramah membuatkan dia dicemburui minah yang lain. Amat gemar warna merah jambu sehingga digelar si Merah Jambu.

Dalam diam, Ako Syukur suka sangat pada Nur Farhana. Tapi takut bertepuk sebelah tangan, Ako pendamkan perasaannya.

Hei, ada seorang jejaka yang meminati si Merah Jambu ini rupa-rupanya! Amirul Fahmi, pengurus di kilang itu. Nur Farhana tidak keruan apabila Amirul mahu melamarnya. Secocokkah minah kilang sepertinya bersuamikan seorang pengurus yang educated? Gerun. Seram. Cemas. Namun, bagaimana pula dengan Qistina, gadis pilihan keluarga Amirul?

Qistina cemburu. Hati Amirul hanya untuknya. Dia perlu melakukan sesuatu agar mereka berdua dapat disatukan. Ah, tindakannya telah menjerat dirinya sendiri! Haruskah dia akur Nur Farhana menjadi milik Amirul? Nur Farhana pula keliru. Antara Ako Syukur dan Amirul Fahmi, siapa yang berhak bertakhta di hatinya?
KALENDAR
Imprint