dia yang mengerti
Penulis :Azilah Wahab
Kategori: Novel
ISBN : 978-983-124-883-6
Halaman: 592
BERAT :600gram
RM 22.00
SINOPSIS
Kata-kata Bidan Sauyah menusup dalam fikiran Suriyana. Kemarahannya menjulang-julang terhadap Wardina Amni. Dia tidak mahukan anak itu. Kebencian bertukar dendam. Sebaik saja anak itu dilahirkan, terlalu banyak bencana yang datang. Dia benci, benci, benci!

- Wardina Amni -

Ada waktunya aku dihina, dikeji dan dipandang mereka dengan penuh jijik. Kehadiranku langsung tak dipedulikan meskipun kelahiranku ke dunia ini, bukan aku yang pinta.

- Amir Haziq -

“Yang penting, Dina ada abang dan abang ada Dina.”

Roda alam terus berputar. Wardina Amni bangkit mencari kebahagiaan. Dia ingin mencapai bintang. Dia juga dambakan keadilan. Haknya sebagai anak harus dipertahankan. Bak seorang pengemis, dia terus menadah kasih. Dia mengharap agar kerinduannya berbalas jua.

Sampai bilakah caturan takdir dukanya akan bertukar manis?
KALENDAR