genius dari syurga
Penulis :Ainizal Abdul Latif
Kategori: Umum
ISBN : 978-983-124-995-6
Halaman: 176
BERAT :150gram
RM 12.90
SINOPSIS
MOHAMAD HAIKAL ARRIZQY, anak yang lahir normal dan sihat. Namun ketika usianya menjangkau dua tahun, barulah aku dapat merasai ''''kelainan'''' anak ini yang akhirnya disahkan autistik. Pasrah! Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain.

Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya? Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini?

Hinggalah suatu hari, aku seperti baru tersedar bahawa sikap serta tindakanku terhadap Rizqy selama ini adalah silap! Sebagai ibu, aku keterlaluan untuk mengharap perubahan drastik daripadanya yang perlukan bantuan.

Sejak itu, aku dekati Rizqy dengan penuh sabar dan kasih sayang. Belajar akan kekurangannya sambil berusaha membantunya sehabis daya. Saban hari, aku tidak putus-putus berdoa agar diberi petunjuk untuk mendidik Rizqy. Aku tahu, tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan bantuan ALLAH SWT.

Benar, anak-anak ini luar biasa. Oleh kerana itu, mereka mengharapkan usaha dan doa yang luar biasa juga. Percayalah… jika kita pandang mereka berbeza, kita sebenarnya sudah melahirkan GENIUS DARI SYURGA.
KALENDAR