lukisan kasih
Penulis :Ida Munira Abu Bakar
Kategori: Novel
ISBN : 978-983-3669-27-1
Halaman: 384

RM 16.9

SINOPSIS
DANIA seorang kanak-kanak yang mengalami trauma apabila kedua-dua ibu bapanya mati secara tiba-tiba. Ayahnya, Hassan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya manakala ibunya, Asmahida terbunuh dalam satu rompakan.
Sejak itulah jiwa Dania tidak tenteram. Dia menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.
Adam sahabat baik kepada Hassan telah mengambil Dania sebagai anak angkat. Dia begitu simpati melihat keadaan Dania yang tidak tentu arah hidupnya. Selepas insiden itu, Dania seolah-olah bisu dalam dunianya sendiri. Perasaan gembira telah jadi buta untuk menemaninya. Dia seperti pekak untuk mendengar suara orang yang bukan dikasihinya. Yang ada padanya hanyalah durja mengenangkan kehilangan keluarga secara tragis.
Adam berusaha untuk memulihkan Dania dengan bantuan Sarah. Sarah berjaya memulihkan Dania dengan kaedah aroma terapi. Sedikit demi sedikit Dania dapat melupakan
memori pahit itu.
Setelah Dania pulih, Adam berangkat ke luar negara atas urusan kerja dan Dania telah ditinggalkan bersama Sarah. Namun malang tak berbau, suatu hari Dania telah diculik. Dia telah dibawa oleh penculik itu jauh dari tempat
tinggalnya. Sarah menjadi panik kerana kanak-kanak itu masih kecil dan tidak tahu jalan pulang. Sarah telah gagal memegang amanah yang telah diwasiatkan oleh Adam.
Apakah yang terjadi pada Dania? Dapatkah
dia melepaskan diri daripada penculik itu? Dan apa pula tindakan Sarah?
KALENDAR
Imprint