takdir penentu segala
Penulis :
Kategori: Novel
ISBN : 978-983-3669-31-8
Halaman: 576

RM 19.90

SINOPSIS
NAZIM telah dipelihara oleh Haji Baba dan Hajah Albah sejak dia dilahirkan. Kasih sayang yang telah dipupuk sejak kecil lagi telah membuatkan Nazim begitu sayang kepada Haji Baba dah Hajah Albah walaupun penjaganya itu sebenarnya datuk dan nenek Nazim.
Apabila Nazim meningkat umur enam tahun, Encik Zamsuri dan Puan Aqilah telah pulang ke kampung untuk mengambil Nazim kembali namun anaknya Nazim memberontak tidak mahu berpisah dengan datuk dan neneknya.
Demi masa depan Nazim, akhirnya Haji Baba dan Hajah Albah mengalah dan terpaksa melepaskan Nazim walaupun hatinya berat untuk berpisah dengan cucunya itu. Sejak Nazim tinggal dengan Encik Zamsuri dan Puan Aqilah, dia telah berubah sikap menjadi seorang yang nakal, suka mengusik abangnya, Nazir dan adiknya, Fatihah. Ini membuatkan hati Puan Aqilah sentiasa panas. Ada sahaja tingkah laku Nazim yang jelik di mata nya.
Suatu hari, Puan Aqilah telah dipanggil oleh guru disiplin sekolah kerana Nazim telah bertumbuk dengan Lukman anak seorang ahli perniagaan yang terkenal. Emak Lukman, iaitu Datin Nasirah hendak membuat laporan polis dan memfailkan saman malu. Puan Aqilah amat terkejut kerana ini melibat wang berjuta-juta ringgit.
Apakah yang terjadi kepada Nazim dan Lukman? Adakah mereka berbaik semula? Bagaimana pula kes saman yang hendak difailkan oleh Datin Nasirah? Mampukah Puan Aqilah memujuk Datin Nasirah untuk membatalkan samannya itu? Segala-gala akan terjawab dalam novel yang meruntun perasaan ini.
KALENDAR