qaseh qaisy
Penulis :Ramlah Rashid
Kategori: Novel
ISBN : 978-983-3669-50-9
Halaman: 576

RM 19.9

SINOPSIS
Lewat perkenalan di ruang skrin alat telekomunikasi canggih itu, membibitkan perasaan sayang Qhalida Qaseh terhadap si dia yang digelar B. Qhalida Qaseh sendiri sebagai D, nama pengganti dirinya. Hanya SMS sebagai pengantara hubungan mereka. Bagaikan wujud keserasian hinggakan mereka memeterai pertunangan alam siber dengan cara sendiri. Seperti yang dijanjikan, setelah beberapa bulan barulah mereka bersedia untuk saling bersuara dan bersua muka. Biar bagaimanapun rupa dan bentuk, mereka tetap menerima kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ternyata perjumpaan itu mengeratkan lagi kasih antara mereka. Namun, kenangan semalam kembali bertamu, ketika Qhalida Qaseh bersama temannya Nabil bertemu dengan Tengku Qaisy Iskandar, tidak disangkanya Tengku Qaisy Iskandar sebenarnya adalah B, kekasih dan tunangnya di alam maya. Saat itu, Qhalida Qaseh terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Tengku Qaisy Iskandar sering membuli dan menyuruh Qhalida Qaseh melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Disebabkan status yang berbeza Qhalida Qaseh menurut segala kemahuan Tengku Qaisy Iskandar biarpun hatinya terluka. Tengku Qaisy Iskandar merupakan anak majikan ibunya, Puan Maimon yang bekerja sebagai pembantu rumah keluarga kaya Tengku Nazim Shah dan Puan Satirah. Qhalida Qaseh merasakan seperti dipermainkan. Lalu rasa cinta pada lelaki itu cuba disingkir dan perasaan benci dipupuk. Rasa kasih dan cinta bercampur dendam serta benci yang dibajanya membuat Qhalida Qaseh berasa sedih. Hatinya juga tidak senang tetapi sengaja berbuat tegar dan ego. Tengku Qaisy Iskandar berusaha meleraikan segala kekeliruan dan salah faham demi cintanya terhadap Qhalida Qaseh. Tetapi, darjat keturunan menghalang penyatuan cinta Qhalida Qaseh dan Tengku Qaisy Iskandar. Adakah takdir yang menjurangi kisah mereka? Darjat keturunan? Nama atau kedudukan?
KALENDAR
Imprint