fikir-fikirlah
Penulis :DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Kategori: Umum
ISBN : 9789831243350
Halaman: 320
BERAT :350gram
RM 10.00

SINOPSIS
Fikir-fikirlah, sebuah buku motivasi santai yang mengekalkan pendekatan bersahaja dalam menyampaikan sesuatu mesej. Tanpa perlu berkerut-kerut dahi berfikir, anda pasti dapat memahami ilmu yang tersirat di sebalik setiap pengalaman sebenar yang dipaparkan. Tujuannya tetap satu; untuk kita sama-sama memperbaiki kekurangan diri.

Sejak kecil, kita telah dididik untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu. Malah, kata-kata seperti ‘fikir-fikirlah’ bagaikan telah sebati dengan diri. Sepotong ingatan itu amat besar ertinya kerana itulah yang akan mencorakkan apa jua tindakan kita.

Namun, fakir tidak perlu 1000 kali, cukuplah dengan sekali dua fakir sahaja dan terus buat. Terlalu banyak fikir biasanya tidak akan jadi. Anda akan lebih takut untuk berbuat sesuatu kerana terlalu banyak fikir. Pastikan anda tidak bertindak begitu, ya…

Yakinlah bahawa anda juga boleh menjadi insan yang hebat dan luar biasa bagus sekali. Yakin boleh!
KALENDAR