ke arah kelahiran melayu glokal
Penulis :
Kategori: Umum
ISBN : 983-124-217-3
Halaman: 368
BERAT :450gram
RM 15

SINOPSIS
KE ARAH KELAHIRAN MELAYU GLOKAL memuatkan sekumpulan artikel yang membawa mesej bahawa orang Melayu perlu membina kekuatan dari dalam sebelum dapat menjadi bangsa yang mampu menghadapi dan menangani cabaran dari luar, cabaran globalisasi. Mereka harus terlebih dahulu bertindak sebagai orang Melayu di dalam kawasan setempatnya, iaitu di negara ini, sebelum menjadi bangsa yang cukup bersedia untuk berfikir dan bertindak sebagai `peserta global'''''''' di luar kawasan itu, iaitu di ruang global yang dikatakan tidak bersempadan.

Mesej buku ini menarik dan mencabar. Isinya merentasi pelbagai bidang, mencakupi isu tentang masalah dalaman Melayu dan cabaran yang mereka hadapi dari luar. Khusus ditulis untuk pembaca umum yang mahu berfikir dan membaca dengan minda yang terbuka. Amat sesuai dibaca oleh semua golongan pembaca umum, pelajar, pegawai kerajaan, ahli politik Melayu, ibu bapa, guru dan golongan intelektual.
KALENDAR
Imprint