jom ke lola baba kids festival 2018!
22 November 2018-02 Disember 2018
Lokasi:Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang

CUTI-CUTI SEKOLAH NI JOM BAWA ANAK-ANAK KE LOLA BABA KIDS FESTIVAL 2018, FESTIVAL KANAK-KANAK TERBESAR DI MALAYSIA!
 
Pening memikirkan aktiviti untuk anak-anak semasa cuti sekolah? Kini anda tidak perlu gusar lagi, bawa saja anak-anak anda ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, bermula 22 November hingga 2 Disember 2018, pasti anda tidak akan menyesal.
 
Sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018, sebuah karnival kanak-kanak terbesar di Malaysia, Lola Baba Festival 2018 menawarkan lebih 40 aktiviti khusus untuk kanak-kanak sepanjang MAHA 2018 berlangsung.
 
Jangan lupa kunjungi booth Karangkraf di A11, A12 dan A13 serta dapatkan buku kanak-kanak dengan harga diskaun serendah RM 4.00.
 
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook LOLA & BABA - KidsFestival2018.
 
#lolababakidsfestival2018

KALENDAR
Imprint