Carian di Alaf21:
Tip: [tajuk buku] atau [nama penulis]
  Terhangat di Grup Buku
Karnival Karangkraf 2016
26/02/2016 - 28/02/2016
Jualan Gudang 2014
31/10/2014 - 02/11/2014
Lets Tour De Library
25/09/2014 - 25/09/2014
Pesta Buku Selangor 2014
29/08/2014 - 08/09/2014
Lets Tour De Library
27/08/2014 - 20/11/2014
Awak Sungguh ‘Perfect’
Nurul Syahida

Harga : RM 27.00
ISBN : 978-967-446-278-9
Halaman : ~ 596
Berat : 550 gm
Tarikh Terbit : 25 Ogos 2016
Kategori : Novel
Sinopsis
Saya nak jadi macam kucing. Tahu makna setia, tapi cukup berdikari untuk buat keputusan sendiri.

Kucing ada banyak baka. Ada baka American Shorthair yang manja dan sukakan orang, ada baka Bombay yang lincah dan hebat berburu, ada juga baka Snowshoe yang lebih suka bersendiri tetapi amat setia.
Khadijah alias ''''Kat'''' tahu semua itu. Sebagai seorang pencinta kucing, dia suka semua jenis kucing, kenal semua baka dan semua sifatnya. Tetapi apa yang Khadijah tidak tahu, manusia juga ada banyak ''''baka''''.
Ada baka lelaki perfect ten yang akhirnya turun gred zero disebabkan nafsu. Ada baka kawan sampai hujung nyawa yang boleh mengkhianati sesiapa sahaja demi kelangsungan hidup sendiri. Ada juga baka pemuda setia yang menantikan cinta hidupnya yang tidak kunjung tiba.
Jadi, apabila tragedi itu berlaku, semua cintanya untuk manusia dan haiwan kesayangan nabi itu musnah. Dalam usahanya untuk kembali membina semula semangatnya, dengan sokongan doktor haiwan yang kacak lagi baik hati serta pemilik rumah perlindungan kucing yang sukar dimengerti, dia sekali lagi harus berdepan dengan masa silam dan persoalan utamanya.
Dia sendiri baka manusia jenis apa?

“No! Pakai baju terbalik, tu silap. Salah masuk lane bila memandu, tu silap. Eja perkataan government tanpa huruf N sebelum M, tu silap. Putuskan hubungan sembilan tahun sebab jatuh cinta dengan perempuan lain? Tu bukan kesilapan. Tu nafsu, tu betrayal.” - Khadijah

“Kadang-kadang orang tak faham, Kat. Orang tak faham yang haiwan peliharaan kita bukan sekadar haiwan peliharaan. It represents more than that." - Doktor Faiz

"Dia macam kucing Parsi, saya ni macam kucing tompok berkudis yang baring tepi jalan.” - FU
Buku-buku lain dari penulis