CARA BERLINDUNG DARIPADA FITNAH DAJJAL


CARA BERLINDUNG DARIPADA FITNAH DAJJAL

1. Menghafal dan mengamalkan sepuluh ayat daripada Surah al-Kahfi atau membaca keseluruhan surah.

    Daripada Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda,
    “Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi, maka dia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal.” (HR Muslim)
 

2. Membaca doa selepas bacaan tasyahhud akhir dan sebelum memberi salam. Doanya,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

Allahumma inni a’uzu bika min azabi jahannam, wa a’uzu bika min ‘azzabil qabri, wa a’uzu bika min fitnatil masihid dajjal, wa a’uzu bika min fitnatil mahya wal mamat.”

Maksudnya: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari seksa Jahannam, aku berlindung kepada-MU dari seksa kubur, aku berlindung kepada-MU dari fitnah Masih al-Dajjal dan aku berlindung kepada-MU dari fitnah semasa hidup dan setelah kematian.” (HR Muslim)

 

3. Berlindung di kota Mekah dan Madinah yang tidak dapat dimasuki oleh Dajjal. Sepertimana dalam hadis Sahih Muslim yang menyebut bahawa Dajjal tidak akan masuk ke kota Mekah dan Madinah.

KALENDAR
Imprint