IMAN ENJIN TURBO


Dua orang sahabat sedang minum sambil berbual-bual di sebuah kedai kopi.

Zamani : Wahh, cantiknya kereta kau! Macam-macam aksesori kau pasang. Mantap betul. Berapa dah kau habiskan untuk semua itu?

Halim : Tengok orang la… Aku dah habiskan lebih RM10 000. Aksesori kereta mesti selalu upgrade. Baru ada class, bro. Tukar sport rim, tukar kusyen kulit, spoiler pilih yang lagi canggih, ekzos baru dan tukar tinted. Kalau nak betul-betul puas hati, tukar enjin turbo. Mesti kereta kau meluncur laju di lebuh raya dengan bergaya. Mantap gitu!

Tiba-tiba azan Zohor berkumandang. Zamani mengajak Halim pergi solat berjemaah di surau berdekatan.

Halim : Engkau pergilah dulu. Aku nak rehat kejap. Letihlah… lagipun cuaca panas betul hari ini. Nanti balik rumah, aku solatlah.

Zamani : Bro, macam mana kau upgrade kereta kau tu dengan tambah pelbagai aksesori, solat pun kena upgrade juga. Kena selalu solat jemaah, solat mesti awal waktu dan pastikan solat kau khusyuk. Jangan lupa tambahkan dengan solat-solat sunat. Barulah ada keberkatan dalam hidup kita. Kehidupan pun boleh berjalan lancar sebab ada keberkatan Allah.

Halim tertunduk diam sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Halim : Betullah kata kau tu. Untuk aksesori kereta aku sanggup berhabis duit. Tapi aku tak sanggup berkorban sedikit tenaga untuk upgrade solat aku. Patutlah hidup aku sebelum ini banyak yang ‘tersekat-sekat.’ Aku mengabaikan ‘aksesori’ solat.

‘Ya Allah, ampunilah dosa aku selama ini. Aku hamba-Mu yang lalai daripada mengingati-Mu,’ terdetik kata-kata itu dalam hati Halim.

Zamani :  Apa gunanya sahabat kalau kita tidak saling ingat-mengingati ke arah kebaikan.  Bila masuk alam kubur nanti, amalan pertama yang akan malaikat tanya adalah solat. Kalau urusan solat sempurna, insya-Allah segala penghisaban amalan lain tidak akan tersekat. Jom, kita pergi solat. Harap-harap dapat duduk saf pertama. Lagi besar pahalanya. Jom ke surau!

Halim : Jom!

BUKU BERKAITAN
  • Cup! Pinjam 5 Minit Boleh?
KALENDAR
Imprint