"YOU GET BACK, DAD!"


“Abang, kenapa anak-anak kita lately ini suka menjerit-jerit bila nakkan sesuatu?” keluh isteriku pada suatu petang.

“Alaa… mungkin mereka terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya di sekolah kot,” aku terus menjawab.

Isteriku terdiam lama, kemudian dia berkata sesuatu yang menyentap tumpuanku.

“Abang, abang perasan tak sejak kebelakangan ini abang asyik terjerit-jerit dengan anak-anak apabila mahukan sesuatu?”

Aku pula yang terdiam seribu bahasa.

Malam itu, aku termenung panjang memikirkan kata-kata isteriku tadi. Subhanallah… dunia ini adalah cerminan diri kita. Apa yang berlaku di sekeliling kita merupakan petunjuk tentang perkara yang berlaku dalam diri kita. Untuk memperbaiki dunia luaran kita, perbaikilah dunia dalaman dahulu iaitu jiwa dan akhlak kita.

Ada satu kisah berlaku di sebuah sekolah. Seorang pelajar bermasalah dihadapkan ke lembaga disiplin kerana isu disiplin dan berlaku biadap dengan gurunya. Pelajar itu suka menghamburkan kata-kata nista. Bapanya telah dipanggil untuk ke sekolah.

Sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah, kedengaran dari jauh si bapa sedang memarahi, menengking dan memaki hamun anaknya. Ayat dan nadanya sama seperti si anak biadap dengan gurunya sebelum itu.

Apabila difikirkan, dengan siapa anak itu mempelajari ‘kemahiran’ tersebut?

Wahai ibu bapa, betapa halusnya erti sebuah pendidikan. Betapa besarnya pengaruh kita terhadap anak-anak. Awasilah setiap kata-kata dan perilaku kita semua. Pastikan kita masuk syurga sekeluarga!

BUKU BERKAITAN
  • Cup! Pinjam 5 Minit Boleh?
Imprint